Wednesday, 16 October 2013

Melatih Atlet Muda


KANAK-KANAK DAN LATIHAN

       Sebagai seorang jurulatih, kita harus memahami bahawa kanak-kanak tidak boleh menerima latihan yang sama dengan orang dewasa. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan untuk mengenalpasti limitasi dalam latihan. Contohnya kanak-kanak mungkin mengalami dehidrasi tetapi tidak mampu mengenalpasti simptomnya (rasa haus merupakan simptom yang kurang tepat). Kanak-kanak juga perlu berlatih dengan lebih keras berbanding dengan orang dewasa bagi rnenyediakan oksigen kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti. Contohnya kanak-kanak yang berumur 6 tahun, secara purata perlu mengambil 38 liter udara untuk rnendapatkan 1 liter oksigen. Manakala remaja yang berumur 18 tahun memerlukan 28 liter udara bagi mendapat jumlah oksigen yang sarna. Sebelum akil baligh, kanak-kanak lazimnya memperolehi tenaga dari sistem aerobik berbanding dengan orang dewasa yang memperolehi tenaga dari kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik. Secara arnnya, kanak-kanak lebih selesa dengan latihan yang panjang, perlahan serta stabil.

PANDUAN LATIHAN BAGI KANAK-KANAK


       Bagi melahirkan bakal juara yang mantap pada masa akan datang, jurulatih perlu merancang dan menyediakan proses latihan jangka panjang. Melalui latihan yang memakan. masa bertahun-tahun dan program yang terancang akan menyediakan persekitaran yang sesual bagi membentuk kemahiran dan sahsiah atlit. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya jurulatih mengabaikan maklumat dan latarbelakang atlit seperti umur dan perkembangan biologikal. Maklumat ini penting bagi melaksanakan prinsip-prinsip latihan yang betul.


PRINSIP-PRINSIP LATIHAN JANGKA PANJANG


  • PERKEMBANGAN HOLISTIK

       Jurulatih perlu membantu membina kemahiran atlit supaya melalui kemahiran tersebut. Ia akan dapat membantu atlit selepas menamatkan kerjaya sukannya. Aspek-aspek seperti pengurusan kesihatan, komunikasi, kaedah membuat keputusan, pengurusan masa, organisasi, pengurusan kewangan, perancangan ker]aya serta amalan agama tidak diabaikan. Selain daripada pembangunan kemahiran hidup, atlit-atlit muda perlu digalakkan dan didedahkan dengan aspek-aspek teori latihan. Atlit perlu membina kefahaman asas dalam perkara-perkara seperti anatomi, perkembangan dan pertumbuhan pemakanan, pembelajaran kemahiran, kaedah latihan, perubatan sukan, keselamatan dan pengurusan tekanan.
Usaha mereka membentuk suatu program latihan holistik bukanlah mudah. Bagaimanapun kita perlu mengasaskan suatu sukan yang memenuhi keperluan holistik atlit.


  • PELBAGAIAN LATIHAN

       Kanak-kanak dan remaja perlu melalui ribuan jam untuk berlatih. Sesetengah senaman dan latih tubi kadang kala perlu dilakukan beribu kali, dengan itu program latihan perlu dimantau dan dipelbagaikan bagi mengurangkan tekanan fizikal dan psikologikal. Dalam sukan-sukan berpasukan, atlit lazimnya boleh didedahkan dengan kaedah latihan dan Iatih tubi yang pelbagal. Bagaimanapun dalam sukan-sukan individu seperti renang, tinju dan lumba basikal, ianya agak terhad. Contohnya seorang perenang sering didedahkan dengan jenis senaman, elemen teknikal dan Iatih tubi selama 2 hingga 3 jam sehari, 4 hingga 7 hari seminggu, 45 hingga 50 minggu setahun dalarn jangka masa selama 20 tahun. Jenis latihan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan lebihguna dan masalah psikologikal. Kesannya sering berlaku 'burnout' atau keciciran semasa muda.

       Seseorang jurulatih perlu kreatif, berpengetahuan dan imiginatif dalam mereka bentuk aktiviti dan senaman yang pelbagai. Setiap sesi latihan perlu direka bentuk dengan memperkenalkan pelbagai senaman dan lati tubi. Contohnya bagi membina daya tahan dan kecergasan. Jurulatih boleh mengunakan kombinasi sukan-sukan lain seperti merentas desa, renang dan berbasikal.


  • CIRI-CIRI INDIVIDU

       Setiap individu mempunyai keunikan personaliti, ciri-ciri fizikal, tingkahlaku sosial dan keupayaan intelek. Bagi mereka bentuk program latihan yang berkesan, jurulatih perlu memaharni kekuatan dan limitasi setiap individu. Jurulatih perlu mengambilkira perbezaan setiap individu. Contohnya pada peringkat perkembangan dan pertumbuhan atlit, latarbelakang dan pengalaman latihan, status kesihatan dan kadar pemulihan diantara sesi latihan.

a.         Umur Morphologikal

       Umur morphologikal merujuk kepada beberapa peringkat pertumbuhan anatomi. Ia dapat dikenalpasti melalui perkembangan bahagian tertentu. Perkembangan atlit pada peringkat 6 hingga 18 tahun merupakan peringkat yang paling penting. Pada peringkat ini atlit-atlit bagi kebanyakan sukan akan membentuk kemahiran dan keupayaan motor yang berbagai serta mengasaskan tapak yang kukuh bagi perkembangan seterusnya dalam sukan yang dipilih.

b.         Umur Biologikal

       Umur biologikal merujuk kepada perkembangan fisiologikal organ-organ dan sistem dalaman badan atlit. Perkembangan akan menentukan potensi fisiologikal atlit. Potensi ini akan menentukan keupayaan atlit untuk menjalani latihan dan pertandingan kearah tahap prestasi yang tinggi.

c.         Umur Latihan

       Umur latihan merujuk kepada bilangan tahun latihan yang dilalui oleh seseorang atlit. Jangkamasa ini akan mempengaruhi perbezaan tahap kecergasan dan pengalaman individu. Jadual berikut dapat membentuk kita menjelaskan pentingnya pertimbangan umur biologikal dan umur latihan disamping umur kronologikal.


Kronologikal Umur


Umur Biologikal

Umur Latihan

11


9

1

11


13

3

Jadual :          Atlit yang mempunyai persamaan umur tetapi berbeza kapasiti latihan




Kronologikal Umur


Umur Biologikal

Umur Latihan

12


13

2

15


13

2

Jadual :          Atlit yang mempunyai perbezaan umur tetapi kapasiti latihan
adalah sama.


·         PERKEMBANGAN MENYELURUH


       Perkembangan menyeluruh merupakan prinsip yang paling penting dalam latihan kanak-kanak dan remaja. Ianya penting untuk membina asas yang kukuh bagi atlit muda sebelum mereka memilih dan mengkhususkan diri dalam suatu sukan. Asas multilateral bagi perkembangan fizikal yang kukuh adalah perlu bagi rneningkatkan tahap pengkhususan dan pembentukan kemahiran teknikal.
 
       Kesimpulannya, tujuan pembangunan multilateral adalah bagi membolehkan atlit membina adaptasi menyeluruh. Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai keupayaan, kemahiran dan kebolehan motor lebih mampu untuk menghadapi beban latihan yang Iebih mencabar tanpa menghadapi risiko tekanan yang berkaitan dengan pengkhususan awal.

1 comment:

  1. JT Casino Resort, LLC: Jobs, Careers | KPH
    JT Casino Resort, LLC 논산 출장샵 is an Enterprise-to-Post Office 동해 출장안마 JTG provides 제천 출장마사지 casino services and services 창원 출장안마 in Arizona. 부산광역 출장안마

    ReplyDelete