Wednesday, 16 October 2013
Kenapa Minat Bola Baling
Saya gemar bermain bola baling sejak tahun 4.Saya telah mewakili sekolah ke peringkat zon dan wakil kuantan peringkat daerah...Pada tahun 2012 saya telah mewakili PAHANG dalam kejohanan bola baling MSSP.Saya telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori bawah 12 perempuan.....
kecederaan dan pengurusan kecederaan
JENIS-JENIS KECEDERAAN
- Intrinsik ( Kecederaan tak Iangsung)
Kecederaan yang disebabkan oleh atlit sendiri. Kecederaan seperti 'overstrecthing' dan 'muscle pull'. Kecederaan yang melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ederaan ini tidak seteruk kecederaan ekstrinsik atau kecederaan Iangsung.
- Ekstrinsik ( Kecederaan Iangsung)
Kecederaan yang disebabikan oleh pukulan atau hempap ke badan, contohnya seperti perlanggaran dengan lawan, dipukul lawan dan terkena objek seperti bola reket atau kayu pemukul.
- Kecederaan Lebihguna (Overuse injury)
Kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas sesuatu tisu umpamanya tulang, ligaman dan tendon. Sekiranya tekanan yang dikenakan itu terlalu kerap dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan melampaui tahap pemboleh baik biasanya perkara berikut mungkin berlaku,patah, terseliuh, kecederaan teruk pada ligaman dan tendon dan kerosakan otot pada keadaan mi seseorang akan melalul kesakitan dan bengkak.
- 'Heat Injuries' (Kecederaan Kepanasan)
Kepanasan boIeh mengakibatkan pelbagal kecederaan atau membawa maut. Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku berpunca dari radiasi matahari dan persekitaran. Badan akan kehilangan banyak air. Ini mungkin akan mengakibatkan 'heat exhaustion', 'heat cramp' dan 'heatstroke'.
· 'Heat Cramp'
Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan garam dan elektrolit dalam badan. Untuk melegakan kekejangan ialah dengan melakukan regangan, aplikasi rawatan ais dan urutan.
· 'Heat Exhaustion'
Kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada 'peripheral vasodilation’ hilang kawalan sistem saraf dan berlaku tekanan dalam pembuluh darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran darah dalam badan menjadi perlahan.
Rawatan : Rehatkan mangsa, baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan peralatan dan pakaian. Bagi proses 'cooling down' boleh dilakukan dengan membasahkan badan mangsa dengan air sejuk. Jika mangsa berada dalam keadaan sedarkan diri, bagi minum air sejuk.
· 'Heatstroke'
Sistem penyejukbekuan badan teriebih guna atau tahap peredaran darah menjadi sangat perlahan oleh itu mekanisma perpeluhan terhad untuk mengatasi kehabisan paras cecair.
Rawatan : Letakkan ais atau tuala sejuk pada badan, rendan atlit ke dalam air sejuk. “Sponging” badan dengan air sejuk atau alkohol. Tanggal pakaian dan peralatan bagi mencegah penahan panas badan. Bagi atlit yang dalam keadaan sedarkan diri dibenarkan minum air.
PENGURUSAN KECEDERAAN
- 'Primary Survey' ( Pemerhatian awal)
Ia merupakan Iangkah mengesan berlakunya sebarang pendarahan atau pemerhatian ringkas bagi mengenal pasti sama ada atlet itu sedar atau tidak sedarkan diri.
- Secondary Survey' ( Pemerhatian pertengahan)
Ia adalah Iangkah pengumpulan tanda-tanda kecederaan dan pemeriksaan penting tentang fizikal atlet. Terdapat 3 skop utama bagi mengumpul maklumat iaitu:
a) Simptom : Termasuk sakit, pening, kesejukan, rasa mual, tekanan,
keresahan, anggota badan lemah dan tindakbalas pada bahagian tertentu.
b) Tanda : Bukti-bukti fizikal yang di kumpul semasa memeriksa atlet.
Contohnya; apa yang di lihat, rasa, dengar lebam dan bau.
c) Tanda-tanda penting : Termasuk tahap kesedaran, denyutan nadi,
pemafasan, suhu badan dan wama
- Prinsip 'RICE' dan 'NO HARM'
Langkah serta-merta kecederaan Sukan (RICE)
REST Merehatkan alitt yang cedera.
ICE Letakkan ais selama 20 minit kemudian angkat dan biarkan selama Iebih kurang 30 minit. Ulangi seberapa kera yang boleh dalam masa 48 jam. Jangan meletakkan ais terus ke atas kulit kerana akan mengakibatkan kulit 'terbakar', masukkan ais ke dalam beg plastik atau tuala. Ais boIeh menyebabkan kapilari darah akan mengecut dan mengurangkan pendarahan. Jangan mandi air panas atau sauna dalam masa dua hari selepas cedera.
COMPRESSION Anggota yang cedera dibalut untuk mengawal bengkak dari bertambah besar. Balutan harus ketat tetapi jangan sehingga mengganggu peredaran darah.
ELEVATlON Angkat bahagian yang cedera untuk darah kembali ke jantung mengurangkan tekanan cecair ke bahagian yang cedera.
* Rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.
"NO HARM" dalam masa 48-72 jam
Heat Sebarang bahan kimia sama ada krim atau minyak panas tidak boleh diguna untuk disapu ke bahagian yang cedera.
Akohol Jangan minum alkohol atau diletak pada bahagian yang cedera.
Run & exc. ]angan melakukan apa-apa aictiviti ke atas bahagian yang cedera.
Massage Jangan diurut bahagian yang cedera kerana akan menyebabkan semakin bengkak.
- Warm-up' dan 'Cooling down'
'Warm-up' (memanaskan badan) adalah kumpulan senaman yang dilakukan sebelum aktiviti yang mana menyediakan badan untuk adaptasi daripada keadaan rehat kepada aktiviti. Ia dibentuk untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan peluang untuk mendapat kecederaan dengan menggerakkan fizikal dan mental.
MENCEGAH KECEDERAAN
Memanaskan badan dan rnenyejukkan badan dengan sempurna akan mengurangkan peluang untuk mendapat kecederaan. Peruntukan 15 minit untuk senaman regangan dan 10 minit menyejukkan badan. Apabila dilakukan dengan sempurna akan dapat mengurangkan kesakitan otot dan melonggarkan sendi.
Tahap kecergasan yang baik juga penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
a. Stamina - Tingkatkan daya tahan anda.
b. Kepantasan - Pastikan anda cukup pantas.
c. Kekuatan - Anda perlu kuat.
d. Kuasa - Kuat dan pantas.
e. Kesesuaian - Bertanding dengan lawan dalam kategori yang sama dan jantina
yang sama.
f. Kelenturan - Kelembutan - julat pergerakan sendi.
g. Kemahiran - Perlu mempunyal kemahiran baqi mengelakkan/mengurangkan
kecederaan.
Berlatih tetapi jangan keterlaluan
Setiap program hendaklah sesuai, selamat dan memberi kesan yang baik untuk anda. Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda.
DAPATKAN REHAT YANG CUKUP
Pemulihan otot selepas latihan yang berat mengambil masa Iebih kurang 24 jam. Latihan berselang hari adalah mencukupi dan Iebih efektif.
LATIHAN PELAZIMAN BERANSUR DARI AKTIVITI SENANG
Contohnya ; berjalan, jogging dan regangan, ke aktiviti yang Iebih berat dan cergas.
Jangan bersenam jika anda kurang sihat atau demam.
- Tempat latihan dan kemudahan hendaklah selamat dan sesuai termasuklah gelanggang, permuban Iantai, Iampu dan sebagainya.
- Gunakan alatan pelindung kecederaan seperti ‘knee-guard’ atau ‘ball guard’ yang difikirkan perlu.
- PerIu peka tentang persekitaran. Hindarkan kecederaan yang disebabkan oleh terlalu panas ( heat iniuries ) dengan selalu meminum air menggantikan kehilangan cecair daripada badan.
- Pemakaian pakaian sukan yang sesual.
- Mengetahui kaedah dan peraturan pemakanan.
Melatih Atlet Muda
KANAK-KANAK DAN LATIHAN
Sebagai seorang jurulatih, kita harus memahami bahawa kanak-kanak tidak boleh menerima latihan yang sama dengan orang dewasa. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan untuk mengenalpasti limitasi dalam latihan. Contohnya kanak-kanak mungkin mengalami dehidrasi tetapi tidak mampu mengenalpasti simptomnya (rasa haus merupakan simptom yang kurang tepat). Kanak-kanak juga perlu berlatih dengan lebih keras berbanding dengan orang dewasa bagi rnenyediakan oksigen kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti. Contohnya kanak-kanak yang berumur 6 tahun, secara purata perlu mengambil 38 liter udara untuk rnendapatkan 1 liter oksigen. Manakala remaja yang berumur 18 tahun memerlukan 28 liter udara bagi mendapat jumlah oksigen yang sarna. Sebelum akil baligh, kanak-kanak lazimnya memperolehi tenaga dari sistem aerobik berbanding dengan orang dewasa yang memperolehi tenaga dari kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik. Secara arnnya, kanak-kanak lebih selesa dengan latihan yang panjang, perlahan serta stabil.
PANDUAN LATIHAN BAGI KANAK-KANAK
Bagi melahirkan bakal juara yang mantap pada masa akan datang, jurulatih perlu merancang dan menyediakan proses latihan jangka panjang. Melalui latihan yang memakan. masa bertahun-tahun dan program yang terancang akan menyediakan persekitaran yang sesual bagi membentuk kemahiran dan sahsiah atlit. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya jurulatih mengabaikan maklumat dan latarbelakang atlit seperti umur dan perkembangan biologikal. Maklumat ini penting bagi melaksanakan prinsip-prinsip latihan yang betul.
PRINSIP-PRINSIP LATIHAN JANGKA PANJANG
- PERKEMBANGAN HOLISTIK
Jurulatih perlu membantu membina kemahiran atlit supaya melalui kemahiran tersebut. Ia akan dapat membantu atlit selepas menamatkan kerjaya sukannya. Aspek-aspek seperti pengurusan kesihatan, komunikasi, kaedah membuat keputusan, pengurusan masa, organisasi, pengurusan kewangan, perancangan ker]aya serta amalan agama tidak diabaikan. Selain daripada pembangunan kemahiran hidup, atlit-atlit muda perlu digalakkan dan didedahkan dengan aspek-aspek teori latihan. Atlit perlu membina kefahaman asas dalam perkara-perkara seperti anatomi, perkembangan dan pertumbuhan pemakanan, pembelajaran kemahiran, kaedah latihan, perubatan sukan, keselamatan dan pengurusan tekanan.
Usaha mereka membentuk suatu program latihan holistik bukanlah mudah. Bagaimanapun kita perlu mengasaskan suatu sukan yang memenuhi keperluan holistik atlit.
- PELBAGAIAN LATIHAN
Kanak-kanak dan remaja perlu melalui ribuan jam untuk berlatih. Sesetengah senaman dan latih tubi kadang kala perlu dilakukan beribu kali, dengan itu program latihan perlu dimantau dan dipelbagaikan bagi mengurangkan tekanan fizikal dan psikologikal. Dalam sukan-sukan berpasukan, atlit lazimnya boleh didedahkan dengan kaedah latihan dan Iatih tubi yang pelbagal. Bagaimanapun dalam sukan-sukan individu seperti renang, tinju dan lumba basikal, ianya agak terhad. Contohnya seorang perenang sering didedahkan dengan jenis senaman, elemen teknikal dan Iatih tubi selama 2 hingga 3 jam sehari, 4 hingga 7 hari seminggu, 45 hingga 50 minggu setahun dalarn jangka masa selama 20 tahun. Jenis latihan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan lebihguna dan masalah psikologikal. Kesannya sering berlaku 'burnout' atau keciciran semasa muda.
Seseorang jurulatih perlu kreatif, berpengetahuan dan imiginatif dalam mereka bentuk aktiviti dan senaman yang pelbagai. Setiap sesi latihan perlu direka bentuk dengan memperkenalkan pelbagai senaman dan lati tubi. Contohnya bagi membina daya tahan dan kecergasan. Jurulatih boleh mengunakan kombinasi sukan-sukan lain seperti merentas desa, renang dan berbasikal.
- CIRI-CIRI INDIVIDU
Setiap individu mempunyai keunikan personaliti, ciri-ciri fizikal, tingkahlaku sosial dan keupayaan intelek. Bagi mereka bentuk program latihan yang berkesan, jurulatih perlu memaharni kekuatan dan limitasi setiap individu. Jurulatih perlu mengambilkira perbezaan setiap individu. Contohnya pada peringkat perkembangan dan pertumbuhan atlit, latarbelakang dan pengalaman latihan, status kesihatan dan kadar pemulihan diantara sesi latihan.
a. Umur Morphologikal
Umur morphologikal merujuk kepada beberapa peringkat pertumbuhan anatomi. Ia dapat dikenalpasti melalui perkembangan bahagian tertentu. Perkembangan atlit pada peringkat 6 hingga 18 tahun merupakan peringkat yang paling penting. Pada peringkat ini atlit-atlit bagi kebanyakan sukan akan membentuk kemahiran dan keupayaan motor yang berbagai serta mengasaskan tapak yang kukuh bagi perkembangan seterusnya dalam sukan yang dipilih.
b. Umur Biologikal
Umur biologikal merujuk kepada perkembangan fisiologikal organ-organ dan sistem dalaman badan atlit. Perkembangan akan menentukan potensi fisiologikal atlit. Potensi ini akan menentukan keupayaan atlit untuk menjalani latihan dan pertandingan kearah tahap prestasi yang tinggi.
c. Umur Latihan
Umur latihan merujuk kepada bilangan tahun latihan yang dilalui oleh seseorang atlit. Jangkamasa ini akan mempengaruhi perbezaan tahap kecergasan dan pengalaman individu. Jadual berikut dapat membentuk kita menjelaskan pentingnya pertimbangan umur biologikal dan umur latihan disamping umur kronologikal.
Kronologikal Umur
|
Umur Biologikal
|
Umur Latihan
|
11
|
9
|
1
|
11
|
13
|
3
|
Jadual : Atlit yang mempunyai persamaan umur tetapi berbeza kapasiti latihan
Kronologikal Umur
|
Umur Biologikal
|
Umur Latihan
|
12
|
13
|
2
|
15
|
13
|
2
|
Jadual : Atlit yang mempunyai perbezaan umur tetapi kapasiti latihan
adalah sama.
· PERKEMBANGAN MENYELURUH
Perkembangan menyeluruh merupakan prinsip yang paling penting dalam latihan kanak-kanak dan remaja. Ianya penting untuk membina asas yang kukuh bagi atlit muda sebelum mereka memilih dan mengkhususkan diri dalam suatu sukan. Asas multilateral bagi perkembangan fizikal yang kukuh adalah perlu bagi rneningkatkan tahap pengkhususan dan pembentukan kemahiran teknikal.
Kesimpulannya, tujuan pembangunan multilateral adalah bagi membolehkan atlit membina adaptasi menyeluruh. Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai keupayaan, kemahiran dan kebolehan motor lebih mampu untuk menghadapi beban latihan yang Iebih mencabar tanpa menghadapi risiko tekanan yang berkaitan dengan pengkhususan awal.
Falsafah kejurulatihan
Peranan jurulatih
- Pengajar (Instructor) - Mengarah aktiviti
- Guru (Teacher) - Menyampai pengetahuan dan idea baru
- Penggerak (Motivator) - Menggerak perlakuan
- Pendisiplin (Disiplinarian) - Mewujudkan ganjaran dan dendaan
- Pengurus (Manager) - Mengetuai dan mengarah atlit
- Agen publisiti - Berhubung dengan media dan orang awam
- Pekerja sosial - Membimbing, menasihat dan membantu atlit
- Rakan - Memberi ruang dan masa untuk eratkan
perhubungan
- Saintis - Menganalisis, menilai, dan membuat
keputusan.
- Pelajar - Mendengar, mempelajari dan berfikir untuk
kebaikan diri.
Selain itu hubungan antara jurulatih dan atlit juga adalah penting untuk mewujudkan suasana yang baik. Di antara perkara -perkara yang perlu dititik beratkan adalah :
- Menjadi contoh yang baik
- Jangan memalukan atlit
- Persahabatan yang positif
- Hormat menghormati
- Komunikasi dua hala
- Bersikap objektif
- Alasan bagi setiap arahan
- Sama rata
- Adil
Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas - tugas yang tertentu dan di antaranya adalah:
- Menyediakan program - sebelum, semasa dan selepas pertandingan
- Mengawal dan mengendalikan program latihan
- Memberi nasihat mengenai latihan
- Mengelola latihan seimbang
- Menyimpan rekod atlit
- Mengendalikan kursus - kursus teknikal
- Mempengaruhi cara hidup
Jurulatih yang berkesan
Untuk menjadikan seseorang jurulatih itu berjaya menyampaikan segala teknik & taktik permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:
i) Mengenali diri sendiri
- Tentang kekuatan dan kelemahan diri
- Tentang kejayaan yang diperolehi
- Tentang kejayaan dan kekecewaan
- Tentang ilmu pengetahuan
ii) Mengenali atlit sendiri
- Perlu mengenali atlet dan segi pencapaian, komitmen,objektif, kecerdasan dan lain lain. Mengenali atlit dan segi emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan, kesihatan, dan masalah diri.
- Mengecam bakat dan melatih bakat
- Kenalpasti hubungan jurulatih dan atlit
iii) Pengetahuan tentang sukan yang diceburi
- Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik dan strategi sukan yang diceburi.
Sifat - Sifat Jurulatih Yang Baik
- Berpersonaliti
- Berperawakan
- Kestabilan Emosi
· Tegas & Berani
- Yakin din
- Objektif
- Demokrasi
- Terbuka I Jujur
- FIeksibeI
- Futuristik
- Rasional
- Kreatif
- Pandai Menyesuaikan din
- Berfalsafah
Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang:
- Teknik dan taktik permainan
- Binaan program latihan
- Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai
- Struktur dan organ badan (anatomi)
- Kesan tubuh terhadap latihan dan penandingan
- Sistem tenaga manusia yang utama
- Kesan pemakanan terhadap atlit
- Pencegahan dan rawatan kecederaan
- Proses dan reaksi pembelajaran motor
- Psikologi kemanusiaan dan sosial
CR
Undang-undang bola baling
1. Gelanggang permainan
Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..
2. Bola
Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke3. Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.
4. 4. Pakaian
Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan. 5. Pengadil
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.
6. 6. Tempoh Permainan
Bagi kumpulan lelaki 18 tahun ke atas, 30 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.
7. 7. Permainan Pasif
Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif. ‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.
bawah. 8. Memulakan Permainan
Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.
9. 9. Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi. 10. Memainkan Bola
a. Pemain dibenarkan :
Mengambil 3 langkah dengan bola.
Memegang bola maksimum 3 saat.
Menggelecek.
Menjunam untuk mendapatkan bola.
b. Pemain tidak dibenarkan :
Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.
11. 11. Menghadang Pihak Lawan
Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.
12. Balingan ke Dalam
Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
13. 13. Balingan ke dalam di sudut
Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
14. Balingan Pengadil
Ia diberikan apabila :
14.1. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
14.2. Bola direbut oleh kedua-dua pemain.
15. 15. Balingan Percuma
Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali
15.1. Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan.
15.2. Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
15.3. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
15.4. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.
Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.
16. 16. Balingan 7 meter (penalti)
Balingan ini diberikan apabila
16.1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
16.2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
16.3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh oleh penjaga gol.
Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.
17. Balingan Gol
Balingan ini diberikan apabila
17.1. bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
17.2. bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.
18. 18. Hukuman Susulan
Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :
18.1. Amaran (Kad Kuning)
18.2. 2 minit penggantungan
18.3. Penyingkiran
18.4. Pembatalan
Subscribe to:
Posts (Atom)